HomeUtamaWarga KTEKK teruja saksikan simulasi 'nahas' helikopter

Warga KTEKK teruja saksikan simulasi ‘nahas’ helikopter

Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Simulasi ‘nahas’ pesawat AW139 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Skuadron 503 di padang Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu (KTEKK) menjadi antara tarikan warga KTEKK di sini semalam.

Selain pesawat AW139 TLDM, turut sama mendarat pada Program Jiwa Murni ‘Aviation Safety Week You Have Green Deck’ itu adalah AS555SN Fennec dari Skuadron 502.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua pesawat ini telah mendarat di padang KTEKK sebagai gimik program berkenaan yang dianjurkan Stesen Udara Timur (SUT) bersama KTEKK sempena Hari Ulang Tahun TLDM Ke – 91.

Program yang berkonsepkan hari terbuka turut menyajikan pameran kerjaya dari unit-unit TLDM seperti Unmanned Aerial System ScanEagle (UAS SE) dari Skuadron 601, Markas PemerintaHDECKan Kapal Selam (MPKS) dan Pasukan Selam Markas Pemerintahan Armada (MPA) Timur.

Selain itu, turut membuat pameran kerjaya adalah Depot Peluru Dan Bahan Letupan Timur (DPBLT), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dari KD Sri Semporna (KDSM), dekorasi buah dari Chef TLDM dan persembahan pancaragam dari Pancaragam MPA Timur.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu juga telah terlibat menjayakan pameran kerjaya yang diadakan di Dewan Citra KTEKK.

Selain itu, program derma darah anjuran HATWKK dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) turut diadakan di lobi KTEKK.

“Acara utama yang bertemakan Aviation Safety Week ialah latihan menghadapi situasi kemalangan pesawat AW139 TLDM yang disimulasikan di padang KTEKK.

“Paling menarik, program ini telah disertai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah dan Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu (HATWKK) yang bertindak sebagai first responder, penyelamat dan memberi bantuan perubatan kepada mangsa nahas helikopter yang melibatkan kru udara dan orang awam,” menurut kenyataan itu di sini.

Hadir sama pada program itu adalah Panglima Armada Timur Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris yang telah menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi terlibat.

Turut disampaikan sijil adalah kepada pelajar-pelajar KTEKK yang cemerlang di dalam Aptitude Test (AT) yang telah dilaksanakan sehari sebelum program berlangsung.

Terdahulu, TLDM memaklumkan, objektif utama program adalah untuk mempromosikan kerjaya di dalam TLDM kepada pelajar-pelajar khususnya di pra-universiti bagi menjadikan ATM sebagai kerjaya pilihan.

Ini sekaligus mempamerkan keupayaan aset udara TLDM dalam menyelamatkan mangsa menggunakan kaedah Helicopter Rescue Method iaitu double lift dan rescue basket lift.

Selain itu, TLDM juga mahu memanfaatkan kerjasama bersama agensi-agensi luar yang terlibat di dalam sesuatu operasi bencana.

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan masyarakat bukan sahaja terhadap TLDM malah kepada agensi-agensi keselamatan dan penyelamat yang lain. – SABAH MEDIA / FOTO TLDM

RELATED ARTICLES
Utama

Dzulkifli: Kuasa AMLA Wajar Diaktifkan secara agresif untuk Tangani Scam Berbilion...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular