HomeUtama20 anak yatim terima sumbangan PSUPS

20 anak yatim terima sumbangan PSUPS

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu: Seramai 20 anak yatim dari Rumah Anak Yatim As Sakinah Papar menerima sumbangan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS)

Sumbangan duit raya tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Tussin dalam Majlis Aidilfitri dan Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, di sini semalam.

Dianggarkan lebih 4,000 pengunjung hadir dan disajikan dengan pelbagai hidangan di 66 rerurai dari beberapa jabatan dan agensi persekutuan.

Dalam majlis itu turut disampaikan, hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Video Kreatif Raya 2025 dan Rerurai Terbaik masing-masing dimenangi oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Antara yang turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor beserta isteri, Datin Seri Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Yahya Sulaiman.-

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular