HomeSukan700 peserta sertai ‘International Sabah Open Dart Tournament 2025’

700 peserta sertai ‘International Sabah Open Dart Tournament 2025’

Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Seramai 700 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Brunei Darussalam menyertai ‘International Sabah Open Dart Tournament 2025’ di sini hari ini.

Kejohanan yang diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Kota Kinabalu ke-25 itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Majlis perasmian disempurnakan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Robert Lipon.

Robert (dua kanan) menerima cenderamata dari pengerusi penganjur Felix Malangkig

Robert ketika membacakan teks ucapan Sabin berkata, acara bertaraf antarabangsa itu adalah bertujuan untuk mengambil peluang melancong di Bandaraya Kota Kinabalu khasnya yang merupakan Bandaraya Peranginan Semulajadi.

Katanya, kehadiran para peserta dari pelbagai pelosok negeri dan negara bukan sahaja mencerminkan semangat kesukanan sejagat, malah menjadikan kejohanan itu sebagai medium terbaik untuk mempererat hubungan antara masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa ini yang bukan sahaja memperkasa sukan dart, malah mengangkat nama Kota Kinabalu sebagai bandaraya yang aktif, berdaya saing dan mesra pelawat.

“Sebagai Datuk Bandar, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan semua peserta dan tetamu ke Bandaraya Kota Kinabalu, sebuah bandaraya yang kaya dengan keindahan semula jadi, warisan budaya serta keramahan penduduknya,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua peserta dan pelawat agar meluangkan masa menjelajah tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar bandaraya.

Katanya, ini termasuklah Anjung Kinabalu yang terkenal dengan kraftangan dan makanan laut segar, matahari terbenam yang memukau di Pantai Tanjung Aru, atau pemandangan indah dari Signal Hill Observatory.

“Tidak lupa juga, para peserta boleh menikmati juadah makanan di Api-Api Night Market serta mengunjungi Tamu Ahad Jalan Gaya (Gaya Street Sunday Market).

“Sesungguhnya, sambutan ulang tahun ke-25 ini menjadi medan refleksi kepada pencapaian kita sebagai sebuah bandaraya yang terus berkembang maju dan Lestari,” katanya.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan antaranya acara berpasukan, perseorangan lelaki dan perseorangan Wanita. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kristjan Chapman, Hasnita Asis rangkul kejuaraan maraton 42KM BIM 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular