Kota Kinabalu: Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah akan dilancarkan di daerah Tambunan pada 1 Mei ini.
Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Datuk Leonard Stephen Poyong berkata, pemilihan lokasi di luar Kota Kinabalu adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada masyarakat sekitarnya untuk bersama-sama terlibat dalam program berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam slot Kupi-Kupi FM di sini.
Rakaman temu bual selama 20 minit itu dikendalikan oleh penyampai radio DJ Boy Vanz dan dijadualkan untuk disiarkan menerusi saluran Kupi-Kupi FM pada hari ini.
Mengiringi beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah, Dr. Diana Dominic.