Oleh WAN AZRAIN ADNAN
1. Ekonomi luar bandar Sabah di jangka akan berkembang dengan lebih rancak menerusi inisiatif yang bakal di laksanakan oleh Kerajaan Sabah bermula tahun 2025. Penduduk luar bandar boleh menikmati impak yang terhasil, dan melonjakkan kesejahteraan hidup seharian.
2. Pada awal bulan April 2025, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) memaklumkan bahawa Kerajaan Sabah telah meluluskan pelaksanaan Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar 2025 – 2030 (RAER 2025 – 2030).
RAER 2025 – 2030 bakal di lancarkan secara rasmi pada 1 Mei 2025, sempena Pesta Kaamatan Sabah.
3. Menurut Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, RAER 2025 – 2030 adalah pelan 6-tahun bagi melonjakkan ekonomi luar bandar melalui program pertanian, perikanan, penternakan, keusahawanan dan industri hiliran. Dana berjumlah RM 10 juta telah di luluskan sebagai peruntukan awal bagi pelaksanaan tahun pertama RAER.
4. Secara keseluruhan, pelaksanaan RAER 2025 – 2030 akan melibatkan kerjasama awam – swasta berdasarkan slogan Perpaduan Adalah Kewajipan/ Unity is Duty bagi mengerakkan pembangunan luar bandar.
Ianya bertujuan memupuk kerjasama seluruh rakyat Sabah membabitkan pengubal dasar, penjawat awam, pemimpin masyarakat, usahawan serta penduduk setempat.
5. Pelaksanaan RAER mensasarkan penyertaan seramai 100,000 individu atau isi rumah luar bandar Sabah. Ini di jangka dapat menjana sebanyak RM 2 – 3 bilion nilai ekonomi menjelang tahun 2030.
6. Kajayaan RAER sudah pasti akan merancakkan ekonomi luar bandar yang lebih produktif dan mampan, dan seterusnya menyumbang kepada keseluruhan ekonomi Sabah. Ini akan dapat meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan masyarakat luar bandar, serta menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan yang impikan.
7. Pada masa yang sama, ianya juga boleh memperkukuh agenda keterjaminan makanan Sabah, yang ketika ini banyak bergantung kepada import. Sebagai contoh. Sabah terpaksa mengimport hampir 80% beras bagi memenuhi keperluan tempatan.
8. Pelaksanaan inisiatif RAER berkenaan adalah selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada pertengahan bulan Februari 2025, bahawa Sabah bakal memainkan peranan yang lebih utama bagi memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.
9. Matlamat utama Kerajaan Malaysia ialah untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara bagi mengurangkan kebergantungan tinggi kepada import. Data Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia menunjukkan jumlah import makanan negara telah meningkat begitu tinggi 103% dalam tempoh masa 11 tahun (2013 – 2023):

10. Situasi ini adalah tidak mampan untuk jangka masa panjang, terutamanya dengan isu perubahan iklim/ climate change yang di hadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Isu climate change di jangka akan memberi impak negatif kepada produktiviti sektor pertanian di seluruh dunia. Ini akan menjejaskan bekalan dan harga pasaran makanan.
11. Sejajar dengan usaha untuk memperkukuh peranan tersebut, Sabah telah di pilih sebagai tuan rumah kepada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2025 (HPPNK 2025) yang bakal di adakan pada Ogos 2025.
Ini merupakan penghormatan besar kepada rakyat Sabah, memandangkan kali terakhir Sabah menjadi tuan rumah kepada sambutan HPPNK adalah pada tahun 1995, iaitu 30 tahun dahulu.
12. Inisiatif RAER berkenaan juga dapat melengkapi agenda pembangunan Sabah yang di susun oleh Kerajaan Malaysia. Pada pertengahan bulan Februari 2025, Timbalan Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana berjumlah RM 6.15 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi pembangunan Sabah untuk tahun 2025.
13. Antara lain, projek-projek yang akan di laksanakan adalah:
RM 18.78 juta: projek pembangunan kemudahan awam, infrastruktur perhubungan dan utiliti desa di Tawau
RM 132.31 juta: projek Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di Sabah, melibatkan 869 unit Bina Baharu dan 2,922 unit Baik Pulih
RM 166 juta: projek pembangunan penempatan baharu dan penyusunan semula kampung sedia ada secara terancang di Sabah
RM 6 juta: Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bagi pembangunan dan pemerkasaan usahawan desa
14. Pelaksanaan inisiatif yang di susun oleh Kerajaan Sabah dan Kerajaan Malaysia secara efektif dan tepat sudah pasti akan menghasilkan kejayaan yang di nantikan oleh rakyat Sabah. Kesinambungan kerjasama Kerajaan Sabah dan Kerajaan Malaysia akan mempercepat pembangunan Sabah yang dapat memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat, di bandar dan luar bandar.