KOTA KINABALU: V21 Residence yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) bukan sekadar projek perumahan biasa. Ia merupakan pembangunan kediaman moden yang direka dengan teliti bagi memenuhi keperluan gaya hidup kontemporari menggabungkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan harian dalam satu komuniti yang seimbang.

Menawarkan pelbagai fasiliti komuniti dan komersial, V21 Residence sesuai untuk pelbagai lapisan penghuni termasuk golongan profesional, pasangan muda serta keluarga yang inginkan persekitaran yang kondusif dan praktikal.
Antara kemudahan utama yang disediakan termasuk kolam renang dan taman permainan kanak-kanak, laluan joging dan berbasikal yang luas, serta bangunan yang dilengkapi dengan sistem pengudaraan berkecekapan tinggi yang direka untuk memastikan peredaran udara dalaman yang optimum, sekaligus meningkatkan kualiti udara dan keselesaan penghuni.

Setiap unit kediaman dilengkapi sepenuhnya dengan perabot, sedia didiami yang menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik rumah tanpa perlu menanggung kos tambahan untuk berpindah masuk.
Dari segi kemudahan komersial, V21 Residence turut menempatkan pusat perniagaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan harian. Tambahan pula, sambungan internet berkelajuan tinggi melalui rangkaian gentian optik dan sokongan 5G* memastikan penghuni sentiasa kekal berhubung sama ada untuk urusan kerja mahupun hiburan digital.
Bagi keluarga muda, kemudahan pusat jagaan harian dan taska* disediakan untuk memudahkan urusan ibu bapa yang bekerja. Kemudahan pengangkutan juga diberi perhatian dengan perancangan untuk menyediakan perhentian bas dan perkhidmatan shuttle* bagi memudahkan pergerakan harian.
V21 Residence turut dilengkapi dengan kemudahan sistem pengecas kenderaan elektrik selari dengan aspirasi ke arah kehidupan lebih lestari dan penggunaan kenderaan mesra alam yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat moden.
(*Kemudahan bertanda tertakluk kepada pelaksanaan dan ketersediaan.)
Gabungan menyeluruh pelbagai kemudahan ini menjadikan V21 Residence lebih daripada sekadar tempat tinggal tapi ia merupakan komuniti masa depan yang lengkap, praktikal dan ideal di tengah-tengah pertumbuhan pesat KKIP.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
T: 088 – 533 218
H: 012-513 7821



