PRN SABAH
HomeUtamaIsu ‘plot twist’ dikhuatiri gugat integriti siasatan

Isu ‘plot twist’ dikhuatiri gugat integriti siasatan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Penularan isu ‘plot twist’ kematian Zara di media sosial dikhuatiri mengugat integriti siasatan, menurut peguam Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, dalam satu kenyataan bersama berkata penularan isu ‘plot twist’ sejak minggu lepas di beberapa platform media sosial kononnya kematian Zara adalah akibat tekanan perasaan oleh ibunya sendiri memberi indikasi seolah-olah berlaku kebocoran kepada fail siasatan.

“Kertas yang dikatakan ‘diari’ milik Zara adalah sumber penularan tersebut sehingga ianya dilabel sebagai ‘bukti berjisim’.

“Jika kertas itu adalah sebahagian daripada barang peribadi Zara yang diambil dari lokarnya di asrama oleh polis selepas kematiannya, itu bermakna seseorang telah membocorkan isi kandungan fail siasatan kepada umum bagi membina naratif jahat dan persepsi negatif terhadap Zara dan ibunya.

“Akibatnya, integriti siasatan telah tergugat,” kata peguam dalam kenyataan media itu.

Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, menegaskan bahawa anak guam mereka tidak mengharapkan kemenangan dalam siasatan.

“Dia hanya mahukan keadilan bagi anaknya, Zara. Dia sentiasa bersedia untuk membantu polis dalam siasatan.

“Oleh itu, pada hari ini, kami akan menyerahkan semua pakaian dan barang Zara yang dinyatakan di atas kepada polis. Polis telah menghubungi kami semalam bagi tujuan ini,” kata mereka.

Pasukan guaman berterima kasih kepada semua individu dan pihak yang telah menularkan kes ini demi mencapai keadilan buat Zara seperti membuat solidariti melalui perhimpunan aman oleh mahasiswa dan pengumpulan tandatangan oleh kaki-kaki pancing, membuat lagu dan sajak, dan perkongsian status dan berita di semua platform media sosial.

Dalam masa yang sama, pasukan guaman menasihatkan agar semua pihak mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular