HomeUtamaPDRM Diarah Siasat Lanjut Kes Kematian Zara Qairina, Termasuk Proses Exhumasi

PDRM Diarah Siasat Lanjut Kes Kematian Zara Qairina, Termasuk Proses Exhumasi

Read Time:1 Minute, 11 Second

PUTRAJAYA, — Jabatan Peguam Negara hari ini mengarahkan siasatan lanjut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina bagi memastikan semua aspek siasatan dapat disempurnakan secara menyeluruh.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, keputusan itu dibuat selepas pihak Jabatan Peguam Negara meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan oleh PDRM.

“Jabatan ini berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, laporan siasatan awal dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan tambahan termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) jenazah Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan.

Langkah tersebut bertujuan untuk membolehkan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian remaja berkenaan.

sementara itu, ribuan peserta dilaporkan menghadiri himpunan solidariti aman yang diadakan di beberapa lokasi di seluruh negeri malam tadi, sebagai tanda sokongan terhadap Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia dipercayai akibat insiden buli.

Himpunan yang bermula sekitar jam 7 malam itu menyaksikan kehadiran orang ramai yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, dengan suasana dipenuhi laungan slogan menuntut keadilan serta gesaan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat.

Peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat turut membawa plakad dan sepanduk dengan mesej solidariti serta harapan agar tragedi seumpama ini tidak berulang.

Difahamkan, selain di Lahad Datu himpunan serupa turut dianjurkan secara serentak di beberapa lokasi lain termasuk di Sandakan dan Tawau.

RELATED ARTICLES
Utama

SSA raih tempat ketiga dalam kejohanan menembak antarabangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular