HomeIsu tempatanTiga kumpulan Betitik wakili DUN Petagas ke peringkat akhir esok

Tiga kumpulan Betitik wakili DUN Petagas ke peringkat akhir esok

Read Time:47 Second

Putatan : Tiga kumpulan Betitik mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas berjaya melangkah ke Pertandingan Akhir Betitik Sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 3.0.

Pertandingan akhir itu akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajausama Sabah
Kg. Lok Batik,Tuaran esok.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pertandingan itu dijadual akan disempurnakan Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajausama Sabah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Tiga kumpulan yang layak ke pertandingan akhir adalah kumpulan Soro Derio Ulu Putatan; Riuh Sama dan Seri Ketiau.

Terdahulu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

“Saya berharap ketiga-tiga kumpulan ini mampu meriah kemenangan di peringkat akhir esok.

“Justeru saya juga menyeru penduduk Petagas khususnya untuk sama-sama hadir memberi sokongan kepada kumpulan yang bertanding,” katanya.

Pertandingan akhir Betitik dijadual akan diadakan esok bermula jam 2.30 petang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

67 pendidik Kazakhstan lawat PKK, perkukuh kerjasama akademik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular