PRN SABAH
HomeUtamaDBKK benar perhimpunan solidariti Zara Qairina di tiga lokasi

DBKK benar perhimpunan solidariti Zara Qairina di tiga lokasi

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi kebenaran untuk menggunakan tiga lokasi di bawah seliaannya bagi penganjuran perhimpunan solidariti memperingati Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, antara lokasi yang dibenarkan adalah di Padang Merdeka; Taman Chong Thien Vun dan Lintasan Deasoka

“Bagi lokasi Padang Merdeka, ianya dibenarkan digunakan pada Jumaat bermula jam 7 malam hingga 11 malam.

“Manakala dua lokasi lagi iaitu Taman Chong Thien Vun dan Lintasan Deasoka ianya dibenarkan digunakan pada Sabtu masing-masing bermula jam 2 petang dan 5.30 petang,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

DBKK menegaskan kelulusan ini diberikan mengikut prosedur yang ditetapkan serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan, termasuk ketetapan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Dalam masa sama, DBKK menjelaskan bahawa ruang legar kawasan bangunan DBKK tidak termasuk dalam senarai lokasi yang dibenarkan bagi tujuan ini, sekaligus menepis maklumat yang tular di media sosial.

DBKK turut mengingatkan orang ramai yang hadir ke perhimpunan supaya menjaga kebersihan dan menggunakan kemudahan awam dengan penuh tanggungjawab sepanjang program berlangsung.

Perhimpunan ini dijangka menghimpunkan pelbagai pihak yang ingin menunjukkan solidariti dan sokongan moral kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, di tengah-tengah desakan orang ramai dan masyarakat untuk mendapatkan keadilan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar bina kekuatan pasukan Sabah melalui kepercayaan dan dedikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular