HomeUtamaZara kritikal, fokus utama menyelamatkan nyawa – Saksi

Zara kritikal, fokus utama menyelamatkan nyawa – Saksi

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pasukan perubatan memberi tumpuan penuh untuk menyelamatkan nyawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sebaik tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pegawai perubatan Dr. Janefer Voo berkata remaja berusia 13 tahun itu tiba di hospital pada 16 Julai dalam keadaan kritikal dan tidak stabil.

“Bagi kes ini, kami tidak menghubungi polis kerana pesakit tiba dalam keadaan kritikal. Maklumat dari pihak ambulans juga tidak dapat memastikan mekanisme kejadian (bagaimana kecederaan berlaku).

“Dalam kes ini, keutamaan kami adalah untuk menstabilkan pesakit dahulu,” katanya kepada Mahkamah Koroner ketika menjawab soalan peguam Rizwandean M. Borhan pada hari keempat inkues kematian Zara.

Rizwandean, yang mewakili keluarga Zara, menyoal saksi ketiga dalam inkues kematian itu mengenai inisiatif untuk memaklumkan kepada polis sebaik pesakit diterima.

Dr Janefer turut memaklumkan mahkamah bahawa ketika itu, tiada kehadiran polis mahupun ibu Zara, Noraidah Lamat.

Rizwandean: Semasa pesakit dibawa di Jabatan Kecemasan pada 16 Julai, ada nampak polis?
Dr Janefer: Tidak ada

Rizwandean: Pada 16 Julai ada Doktor jumpa ibu pesakit?
Dr Janefer: Tidak ada

Apabila ditanya oleh Datuk Ram Singh sama ada beliau ada terfikir pakaian Zara sepatutnya diserahkan kepada polis atau boleh digunakan untuk analisis forensik, Dr Janefer menjawab perkara itu tidak terlintas di fikirannya ketika itu.

“Pada masa tersebut, saya sedang melakukan rawatan resusitasi terhadap pesakit. Jadi selepas pakaian ditanggalkan, ia disimpan dalam beg oleh staf kami.

“Pada ketika itu, hal itu (menyerahkan pakaian kepada polis atau forensik), tidak terlintas di fikiran saya, kerana keutamaan adalah menstabilkan pesakit,” katanya, sambil menambah beliau tidak dapat mengingati jelas tentang tudung Zara kerana kepalanya sudah berbalut semasa tiba di Jabatan Kecemasan.

Terdahulu semasa pemeriksaan saksi oleh pegawai pengendali Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad mengenai ‘rate of survival’, Dr Janefer berkata:

“Tidak pasti, tetapi mengikut penilaian awal saya masa itu, hanya tahu pesakit dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Talian 275kV Sabah–Sarawak mula beroperasi, perkukuh sistem tenaga negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular