KOTA KINABALU: Mangsa banjir dan tanah runtuh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api menerima bantuan.
Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Seri Christina Liew.
Katanya, kejadian tanah runtuh telah menyebabkan tumbangnya sebatang pokok seterusnya merosakkan sebuah Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) di Jalan Bukit Nenas di sini.
Christina semasa berjumpa dengan pemilik rumah berkenaan, Crispus Chong Yun Thau dan isteri, Tsen Swee Len serta penduduk berhampiran dinasihatkan agar pokok-pokok yang tumbuh besar di sekitarnya agar ditebang.
Katanya, ia sebagai langkah pencegahan selain memastikan keselamatan penduduk.
Sebelum itu, Christina turut mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Sarapung Penampang.
Kemudian, Christina diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Sabapak Eco Sdn Bhd, Remysta Taylor melawat mangsa banjir di PPS Kg. Inobong.



