PRN SABAH
HomeUtamaZara disuruh duduk di lantai, sebelum ditanya tentang dompet hilang - Saksi

Zara disuruh duduk di lantai, sebelum ditanya tentang dompet hilang – Saksi

Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh J.Evachel John

KOTA KINABALU: Saksi kanak-kanak kelima menceritakan kepada Mahkamah Koroner bagaimana seorang pelajar menyuruh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir duduk di lantai, sebelum dia ditanya mengenai isu kehilangan dompet.

Menurut peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara, saksi itu berkata bahawa seorang pelajar telah menuduh Zara mengambil dompet dia, dan Zara berkata bukan dia yang buat.

“Zara disuruh bersumpah dan Zara bersumpah dengan nama Allah dan berkata ”Wallahi”.

“Para pelajar meminta Zara balik ke bilik dia tetapi dia masih kekal duduk saja di lantai,” kongsi Shahlan kepada media ketika ditanya mengenai keterangan saksi.

Dalam keterangan saksi itu, dia berkata, selepas itu, seorang pelajar lain datang ke dalam bilik menyoal dengan nada marah tentang barangan peribadi pin bendera yang ditemui di dalam beg Zara, sambil menjerit perkataan “Bodoh, sial”. Pelajar tersebut tanya kenapa pin benderanya di dalam beg Zara, tetapi Zara diam.

“Ada pelajar lain juga tanya pasal lencana bendera kepada Zara dan Zara berkata ’tidak, bukan dia’. Pelajar yang marah tu keluar memanggil beberapa pelajar lain.

“Beberapa pelajar terus menyoal Zara kenapa pin bendera seorang pelajar ada di dalam beg Zara, dan samada Zara ada mengambilnya. Zara tetap berkata bukan dia yang ambil.

“Saksi juga berkata ada pelajar melihat surat berlipat bersama beberapa pelajar semasa berdekatan dengan Zara yang masih duduk atas lantai sambil menundukkan kepalanya. Saksi berkata dia tidak masuk campur,” cerita Shahlan.

Menurut Shahlan saksi menceritakan tentang geng ’Circle 19’ yang dipanggil sedemikian kerana mempunyai 19 orang anggota kumpulan. Kumpulan 19 pelajar ini semuanya satu tingkatan dan berkawan rapat sejak dari awal. Saksi adalah sebahagian dari Circle 19.

Shahlan berkata saksi kemudian mendapat tahu terdapat seorang pelajar terjatuh dari bangunan asrama dan mengenali pakaian yang dipakai oleh Zara pada malam sebelumnya.

“Saksi juga menegaskan bahawa sebelum kejadian, arwah Zara merupakan seorang yang ceria, peramah, dan tidak menunjukkan tanda-tanda masalah mental atau tekanan emosi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahlan berkata pasukan pemeriksa dokumen forensik mereka selesai sesi proses pemeriksaan mereka hari ini.

“Pihak kami telah berbincang dengan pihak Pegawai Pengendali (Conducting Officers) untuk memohon semula pemeriksaan baki dokumen-dokumen lain dalam simpanan Jabatan Kimia (Bahagian DNA Forensik) dalam masa terdekat.

“Untuk makluman, ini melibatkan sejumlah 11 item dokumen mengandungi tulisan, termasuklah Buku Hijau bertajuk ’Love and Peace’.”

Turut mewakili ibu Zara ialah Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser, dan Elhanan James.

Prosiding inkues bersambung Isnin.

RELATED ARTICLES
Utama

Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular