PRN SABAH
HomeUtamaPeralihan Monsun bermula 30 September, orang ramai diingatkan berwaspada cuaca buruk

Peralihan Monsun bermula 30 September, orang ramai diingatkan berwaspada cuaca buruk

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan negara bakal memasuki Fasa Peralihan Monsun bermula 30 September ini hingga November 2025 yang menandakan tamatnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lalu.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Katanya, keadaan itu boleh mengalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat.

“Ia akan berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Orang ramai boleh merujuk makluman melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. –

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular