PRN SABAH
HomeUtamaPM Anwar temui juara debat generasi MADANI 2025

PM Anwar temui juara debat generasi MADANI 2025

Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat berkesempatan bertemu dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar menitipkan pesanan agar para pelajar terus mengekalkan disiplin, berusaha gigih serta tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita.

“Semoga dengan ilmu dan usaha yang bersungguh-sungguh, mereka bukan sahaja dapat membanggakan diri dan keluarga, bahkan turut menyumbang kepada kemajuan bangsa serta negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Kejayaan SMK Tawau itu dianggap sebagai satu pencapaian membanggakan bukan sahaja untuk warga sekolah berkenaan, malah juga menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar di seluruh Sabah serta Malaysia.

Pertandingan Debat Generasi MADANI anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan platform untuk menggilap bakat kepimpinan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Terdahulu, Isnin lalu, pasukan debat Negeri Sabah berjaya mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan apabila dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025, selepas menewaskan pasukan handalan Selangor di peringkat akhir.

Pertandingan penuh sengit itu menyaksikan kedua-dua pasukan tampil dengan hujah bernas dan berkeyakinan tinggi. – SABAH MEDIA / FOTO FB PMX

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular