PRN SABAH
HomeUtamaSWEPA salur bantuan kepada keluarga terjejas bencana

SWEPA salur bantuan kepada keluarga terjejas bencana

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU :  Persatuan Wanita Profesional dan Usahawan Sabah (SWEPA) terus menunjukkan komitmen membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana alam menerusi projek komuniti dengan menyerahkan bantuan kepada mangsa tanah runtuh dan banjir di dua lokasi berasingan.

Delegasi SWEPA yang diketuai Presiden Betty Epin telah membuat lawatan ke Pusat Penempatan Sementara Inobong dan Kampung Marahang, Papar baru-baru ini bagi menyampaikan bantuan keperluan asas serta sumbangan khas kepada keluarga terlibat.

Pada penyerahan sumbangan itu, seramai 17 keluarga masih berlindung di Pusat Penempatan Sementara Inobong, selepas bencana tanah runtuh melanda kawasan kediaman mereka.

Sepanjang tempoh itu, beberapa kanak-kanak dilaporkan tidak dapat bersekolah. SWEPA tampil membantu dengan menyediakan bekalan serta keperluan harian berdasarkan permintaan segera keluarga terbabit.

Selain itu, mangsa tanah runtuh di Kampung Maharang turut menerima perhatian apabila persatuan berkenaan menyalurkan kelengkapan sekolah termasuk pakaian seragam, kasut, beg dan peralatan persekolahan kepada dua anak mangsa tragedi berkenaan.

Mangsa, Benney Binjamis @ Emis, turut menerima sumbangan kewangan, dengan beliau menyifatkan kedua-dua anaknya yang berusia 15 dan 12 tahun sebagai sumber kekuatan untuk terus tabah menghadapi dugaan.

Presiden SWEPA, Betty Epin yang mengetuai lawatan pada 20 dan 21 September lalu berkata, pihaknya komited memastikan nasib komuniti yang terkesan tidak diabaikan.

“Kami akan terus bersama-sama membantu komuniti terkesan dalam usaha membina semula kehidupan mereka, selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menjamin keselamatan serta kebajikan penduduk,” katanya.

Lawatan itu turut disertai Naib Presiden, Suryani Mohd Saidi; Ketua Komuniti, Janet Delvo; Ahli Jawatankuasa, Glenda Hew serta ahli persatuan lain iaitu Molly Yong dan Melissa Lee.

RELATED ARTICLES
Utama

Ribuan umat Islam hadir solat jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular