PRN SABAH
HomeUtamaSiap siaga, GRS fokus dua elemen utama hadapi pilihan raya - Armizan

Siap siaga, GRS fokus dua elemen utama hadapi pilihan raya – Armizan

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat dengan menumpukan dua elemen utama kempen, iaitu rekod pencapaian lima tahun lalu serta tawaran baharu untuk penggal seterusnya.

Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, seluruh jentera parti akan digerakkan sepenuhnya untuk memastikan mesej kempen sampai kepada rakyat.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, spekulasi mengenai tarikh pembubaran semakin kuat, sama ada 3, 4, 5, 13 atau 23 Oktober, namun yang penting ia sudah hampir dan hanya menunggu keputusan Ketua Menteri selepas menghadap Yang di-Pertua Negeri.

“Saya fikir tidak lama lagi memang akan berlaku pembubaran. Itu mungkin Ketua Menteri yang akan menghadap TYT untuk berbincang. Apa yang pasti, mau-mau sudah ni, dekat-dekat sudah,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai persediaan GRS, Armizan berkata walaupun parti-parti lawan lebih awal turun berkempen, termasuk dengan kehadiran pemimpin tertinggi mereka ke Sabah, malah ada yang sehingga terbabas dengan isu-isu sensitif, GRS tetap yakin dengan pendekatan sendiri.

“GRS ini parti lokal. Pemimpin kita tidak perlu datang dari jauh kerana mereka memang berada di Sabah dan dekat dengan rakyat setiap masa. Sebelum ini kita fokus kepada urusan kerajaan negeri, tetapi sebaik sahaja DUN dibubarkan, all system go,  kita akan gerakkan jentera pilihan raya sepenuhnya,” jelasnya.

Menurut Armizan, dua komponen penting yang akan menjadi kekuatan GRS ialah pertama, rekod pentadbiran kerajaan sepanjang lima tahun diberi mandat, dan kedua, tawaran baharu yang akan dikemukakan untuk penggal akan datang.

“Rakyat perlu menilai bukan sahaja apa yang GRS lakukan, tetapi juga prestasi parti-parti lain. Ada yang pernah memerintah berpuluh tahun, ada yang dua tahun, jadi mereka juga perlu mempersembahkan rekod masing-masing, selain tawaran baharu yang dikemukakan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular