PRN SABAH
HomeUtamaInisiatif rumah mesra SMJ ringankan beban B40 tanpa kos tambahan sambungan utiliti

Inisiatif rumah mesra SMJ ringankan beban B40 tanpa kos tambahan sambungan utiliti

Read Time:1 Minute, 16 Second

SIPITANG: Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) termasuk penyambungan bekalan elektrik dan air membolehkan penerima bantuan itu boleh terus mendiami rumah itu selepas menerima kunci rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, dengan itu penerima Rumah SMJ tidak lagi terbeban dengan kos tambahan penyambungan bekalan elektrik dan air yang tidak termasuk ketika tahun awal bantuan itu diperkenalkan.

“Kerajaan Negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa mencari kaedah terbaik menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat termasuk bagi golongan B40 tinggal dan memiliki kediaman yang selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, semalam.

Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Myrna Jimenez menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ kepada 10 penerima bagi DUN Sindumin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Zahari.

Inisiatif Rumah Mesra SMJ dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 2022 dengan nilai sebuah rumah RM80,000 secara percuma kepada penduduk  terutama di luar bandar yang dalam kategori B40.

Sebanyak 20 buah Rumah Mesra SMJ di setiap 72 DUN di Sabah dan ditambah kepada 40 sebuah setiap DUN pada tahun ini.

Dalam pada itu, Dr Yusuf berpuas hati dengan penyiapan Rumah Mesra SMJ bagi DUN Sindumin yang disiapkan dengan baik oleh kontraktor dengan menggunakan bahan-bahan pembinaan yang ditetapkan.

“Sebagai wakil rakyat, saya berharap rakyat kena berfikirlah tujuan kita sebagai kerajan yang baik, yang prihatin kepada aspirasi kehendak rakyat dan yang susah akan terbela,”katanya.- SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Ribuan umat Islam hadir solat jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular