PRN SABAH
HomeUtamaLebih 500 belia serlah bakat di Kejohanan E-Sukan Karamunting

Lebih 500 belia serlah bakat di Kejohanan E-Sukan Karamunting

Read Time:1 Minute, 0 Second

SANDAKAN : Sebanyak 100 pasukan e-sukan yang dianggotai lebih 500 pemuda dari sekitar Karamunting telah bertanding dalam Kejohanan Mobile Legends – Datuk George Hiew Vun Zin yang berlangsung di Pasir Putih, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Karamunting itu berjaya menarik penyertaan meluas, sekaligus mempamerkan minat mendalam belia terhadap sukan elektronik sebagai medium bukan sekadar hiburan, tetapi juga platform pembinaan kemahiran berstrategi dan kerjasama pasukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, yang merasmikan kejohanan tersebut, menyatakan kekaguman terhadap semangat dan profesionalisme peserta.

“Inilah masa depan Karamunting – generasi yang berani mencuba perkara baharu dan menggunakan bakat secara positif.

“Kejohanan seperti ini bukan sahaja tentang kemenangan, tetapi tentang ruang untuk belia berkumpul, berinteraksi, dan mengasah potensi, sekaligus menjauhi pengaruh negatif,” katanya.

Beliau turut mengaitkan sambutan menggalakkan itu sebagai cerminan keyakinan belia terhadap Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Anak muda hari ini percaya dan menyokong GRS, kerana mereka sedar hanya kerajaan yang stabil mampu memacu pertumbuhan ekonomi Sabah ke tahap lebih tinggi,” jelas Hiew.

Beliau berikrar akan terus menyokong aktiviti sukan dan e-sukan di peringkat akar umbi bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing, kreatif dan berwawasan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular