PRN SABAH
HomeUtamaLelaki cedera tersepit dalam kemalangan

Lelaki cedera tersepit dalam kemalangan

Read Time:52 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tamparuli – Ranau berhampiran Pekan Nabalu, awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.32 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat dua mangsa terlibat kemalangan dan salah seorangnya lelaki berusia 38 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkannya dan memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital Tuaran bagi rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Mohammad Nor, seorang lagi mangsa, pemandu berusia 29 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba turut memeriksa kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang terbabit kemalangan dan sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain.

“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 4.58 pagi,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Ceramah ‘Seronoknya Kimia’ perkasa pemahaman STEM dalam kalangan masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular