KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) memberi komitmen penuh untuk menyokong segala keputusan kepimpinan tertinggi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ketua Exco Pemuda PBS Datuk Dr Christoper Mandut berkata, mesyuarat Biro Politik Pemuda PBS yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada persediaan menjelang PRN selain membincangkan pelbagai isu semasa yang dihadapi parti itu.
“Pemuda PBS akan terus menyokong apa juga keputusan yang dibawa oleh Yang Berhormat Datuk Seri Joachim Gunsalam serta mendukung pendirian kepimpinan tertinggi parti untuk kekal berjuang dalam wadah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Pemuda PBS akan menggembleng sepenuh tenaga bagi membantu semua calon GRS yang diketengahkan, bukan sahaja daripada PBS malah daripada parti-parti komponen lain yang bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, di sini, pada Jumaat
Christopher berkata, kesatuan dan sokongan padu Pemuda PBS terhadap GRS akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kemenangan calon-calon gabungan itu dalam PRN kelak.



