PRN SABAH
HomeUtamaSPRM Sabah syor perkukuh tatakelola permohonan lesen DBKK

SPRM Sabah syor perkukuh tatakelola permohonan lesen DBKK

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU :  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengemukakan tiga cadangan penambahbaikan tatakelola kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berhubung isu permohonan lesen perniagaan menggunakan surat perwakilan kuasa.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata cadangan itu termasuk mewujudkan kaedah pemeriksaan balas terhadap permohonan lesen perniagaan khususnya yang menggunakan surat wakil kuasa.

Selain itu katanya, SPRM turut mencadangkan agar diwujudkan garis panduan jelas mengenai penggantungan dan pembatalan lesen perniagaan yang menerima aduan, dengan menubuhkan jawatankuasa khas seperti Jawatankuasa Penentuan Penggantungan Lesen dan Jawatankuasa Pembatalan Lesen.

“Cadangan lain termasuk menguatkuasakan tindakan pemeriksaan balas dengan pemilik lesen berhubung status terkini lesen yang didaftarkan serta aktiviti perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Pembentangan Penambahbaikan Tatakelola oleh Cawangan Penyiasatan Tatakelola (CPT) SPRM kepada DBKK di Bilik Mesyuarat Mayor DBKK, di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, cadangan itu dibuat susulan siasatan awal ke atas aduan tahun lalu yang mendapati terdapat pemalsuan dokumen digunakan untuk mendaftarkan syarikat di DBKK dan pejabat daerah sekitar Sabah.

“Siasatan mendapati ada pemilik syarikat mengesahkan mereka tidak pernah memohon atau mengarahkan mana-mana individu menggunakan dokumen peribadi bagi tujuan pendaftaran syarikat di DBKK. 

“Malah, ada yang tidak mengetahui nama serta salinan kad pengenalan mereka digunakan dalam permohonan lesen,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon menyambut baik cadangan tersebut dan bersetuju untuk mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan yang dikenal pasti.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Sabah, Alexander S. Kunghi; Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola SPRM Sabah, Hamsia Abdul Ham; dan wakil Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Andrea Abidin Madingkir.

RELATED ARTICLES
Utama

Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular