PRN SABAH
HomeUtamaJentera DUN Kukusan sedia hadapi PRU17, fokus tambah baik persiapan

Jentera DUN Kukusan sedia hadapi PRU17, fokus tambah baik persiapan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal, menegaskan bahawa jentera pilihan raya bagi kawasan DUN Kukusan telah lama bersiap sedia dan kini hanya memperkukuh kekuatan bagi menghadapi saingan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah akan datang.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, persiapan di peringkat akar umbi tidak pernah berhenti sejak diberikan mandat untuk berkhidmat, malah kerja lapangan dilakukan secara konsisten sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Kami tetap bekerja sejak dulu lagi. Apabila diberikan mandat untuk menjadi calon pada pilihan raya kali ini, kami sudah bersedia dengan konsistensi kerja di lapangan. Cuma sekarang kita memperkukuhkan jentera bagi menghadapi perlawanan (PRU) yang dijangka sengit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Karnival Perpaduan Komuniti peringkat Majlis Perbandaran Tawau di Dewan Terbuka Taman Victoria di sini, hari ini.

Mengulas mengenai spekulasi bahawa DUN Kukusan bakal menjadi antara kerusi ‘panas’ dalam PRU kali ini, Rina berkata, beliau tidak terkejut dengan perkara tersebut.

“Saya ada juga dapat maklumat bahawa Kukusan antara kerusi fokus menjelang pilihan raya tahun ini. Bagi saya, semua orang berhak dan mempunyai peluang untuk menjadi wakil rakyat di tempat masing-masing,” ujarnya.

Beliau menegaskan, siapa pun calon terpilih nanti, semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Kukusan perlu terus dipelihara agar hala tuju pembangunan kawasan itu sejajar dengan keperluan penduduk.

“Siapa pun yang terpilih nanti, harus turun padang, menjaga kebajikan rakyat, bekerja dan mengambil kira setiap masalah di peringkat lapangan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular