PRN SABAH
HomeUtamaPemimpin akar umbi perlu kuasai media sosial secara beretika

Pemimpin akar umbi perlu kuasai media sosial secara beretika

Read Time:1 Minute, 39 Second

MEMBAKUT : Seramai 60 pemimpin akar umbi di daerah ini termasuk Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung serta pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kursus pemantapan media dan editing siri kedua.

Kursus yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif itu merupakan antara usaha bagi memperkukuh kecekapan digital dan keupayaan komunikasi mereka kepada masyarakat.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, kursus ini juga memberi fokus untuk melatih para pemimpin agar lebih cekap menggunakan platform media sosial.

Katanya, ia adalah bagi menyampaikan maklumat rasmi, mempromosi program serta menerima dan menjawab maklum balas rakyat secara berkesan dan beretika.

“Penggunaan media digital kini bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan bagi setiap pemimpin masyarakat agar usaha dan kerja mereka dapat dilihat serta difahami oleh orang ramai.

“Melalui media maya, semua program, acara dan inisiatif yang dijalankan boleh disiarkan untuk pengetahuan masyarakat. Pada masa sama, mereka juga boleh menerima maklumat dari rakyat dan menjawabnya dengan pantas dan tertib,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen mereka dalam menjayakan program ini.

Sementara itu, Arifin berkata, program itu merupakan siri kedua yang dijalankan tahun ini, dan dirancang untuk diadakan tiga kali setahun bagi memastikan semua pemimpin akar umbi menguasai kemahiran media digital secara progresif dan berterusan.

“Inisiatif ini diyakini dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, khususnya dalam era komunikasi pantas hari ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan isu penyebaran fitnah di media sosial yang kian berleluasa, dan mengingatkan semua ketua adat agar mengendalikan media secara beradab dan berhikmah.

“Saya tegaskan, jangan sesekali balas kejahatan dengan kejahatan. Apa yang perlu dijelaskan, jelaskanlah dengan sopan santun. Kalau mahu ketengahkan sesuatu, ketengahkanlah dengan adab dan tata cara yang mulia sebagai pemimpin masyarakat,” katanya.

Beliau juga menyeru agar pemimpin yang menjaga adat menjadi teladan dalam tutur kata dan tindakan mereka di media sosial selain menyebarkan perkara yang baik, dan membalas tohmahan dengan kebaikan, bukan kebencian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular