PRN SABAH
HomeUtamaPRU17 Sabah: PDRM siap siaga

PRU17 Sabah: PDRM siap siaga

Read Time:41 Second

SANDAKAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah kini berada dalam kesiapsiagaan penuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, seluruh pasukan telah merangka pelan strategi keselamatan termasuk kawalan di kawasan sempadan dan pemantauan jenayah bagi memastikan PRU berjalan lancar.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Pesuruhjaya Polis Bil. 3/2025 yang menghimpunkan semua Ketua Jabatan, Ketua Formasi dan Ketua Polis Daerah dari seluruh kontinjen Sabah.

Selain strategi PRN, mesyuarat itu turut membincangkan isu keselamatan semasa di negeri ini, termasuk langkah memperkukuh ketenteraman awam.

Majlis turut disertakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai kanan, pegawai rendah dan kakitangan awam atas khidmat cemerlang dalam pentadbiran.

Mesyuarat sehari itu turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rani Alias, serta pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular