PRN SABAH
HomeUtama150 pelajar IPT terima bantuan kewangan ADUN Kemabong

150 pelajar IPT terima bantuan kewangan ADUN Kemabong

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Silar Pinikit

KEMABONG: Seramai 150 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerima bantuan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Majlis penyerahan bantuan itu diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Kemabong dan disempurnakan sendiri oleh Rubin pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Rubin yang juga Pengerusi SEDCO menasihatkan para pelajar agar tidak mensia-siakan peluang untuk menimba ilmu dan terus berusaha mencapai kejayaan.

“Utamakan pendidikan jika ingin merubah kehidupan keluarga. Jangan berputus asa, buktikan bahawa walaupun hidup serba kekurangan, kita masih boleh berjaya dalam pendidikan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kemabong turut menyarankan pelajar yang layak supaya memohon biasiswa daripada Kerajaan Negeri bagi meringankan beban keluarga.

Pada masa sama, Rubin menggalakkan pelajar memilih bidang pengajian kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi, teknologi maklumat dan bidang lain yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerja.

Inisiatif bantuan pendidikan itu mencerminkan keprihatinan beliau terhadap masa depan anak muda luar bandar agar terus berjaya dan berdaya saing di menara gading.

Program berkenaan turut disertai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kemabong, Suffainder Sukimin, kakitangan UPPM N.43 Kemabong dan Pejabat Gagasan Rakyat N.43 Kemabong yang bersama memastikan pelaksanaan program masyarakat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular