PRN SABAH
HomePolitikRakyat Nabawan yakin GRS terus dapat sokongan PRU17 akan datang

Rakyat Nabawan yakin GRS terus dapat sokongan PRU17 akan datang

Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Silar Pinikit

NABAWAN: Penduduk di daerah ini, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan, yakin Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mendapat sokongan padu rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17 akan datang.

Ketua Anak Negeri Mukim Pagalungan, Mohd Ridhwan Abdullah Angayas, berkata keyakinan itu berasaskan prestasi cemerlang kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang telah banyak membawa pembangunan dan kemudahan kepada rakyat sepanjang hampir lima tahun mentadbir negeri.

“Banyak kemudahan dan bantuan telah dinikmati oleh rakyat, sama ada untuk keluarga atau individu.
“Misalnya, bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), program SYUKUR serta pelbagai bentuk bantuan persekolahan anak-anak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, rakyat yang menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif kerajaan itu pastinya tidak melupakan jasa dan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan mereka.

Menyentuh mengenai sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, beliau berkata, masyarakat masih memerlukan kepimpinan Ghani yang sentiasa turun padang membantu rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Datuk Ghani banyak membantu dalam pelbagai aspek, termasuk sumbangan kewangan bagi pendidikan, rawatan perubatan, urusan perkahwinan dan juga kepada keluarga yang berduka,” katanya.

Ridhwan menyifatkan Ghani sebagai pemimpin terbuka, mudah didekati dan menganggap tugasnya sebagai satu bentuk ibadah.

“Beliau boleh dihubungi tanpa protokol. Orang kampung boleh berkomunikasi secara langsung dengannya pada bila-bila masa ketika beliau berada di kawasan,” jelasnya.

Tambah beliau, keikhlasan Ghani terserlah apabila bantuannya turut disalurkan tanpa mengira agama atau fahaman politik.

“Beliau turut membantu rumah ibadat bukan Islam termasuk gereja-gereja Kristian di kawasan ini. Sifat kepimpinannya yang adil dan prihatin menjadikan rakyat terus menyokong beliau,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Kampung Pangaraan, Usup Lambang, turut menaruh keyakinan bahawa GRS akan kekal menerajui kerajaan negeri selepas PRU nanti.

“Kami di Kampung Pangaraan, dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pangaraan, tetap menyokong GRS dan Datuk Abdul Ghani sebagai calon,” katanya.

Menurutnya, walaupun terdapat segelintir penyokong parti lawan, namun majoriti penduduk di kawasan itu masih setia bersama GRS.

Pada PRU16 Sabah , Abdul Ghani yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) memperoleh 4,688 undi dengan majoriti 2,238 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu Albert Aguir (UPKO) dengan 2,450 undi, Ampalus @ Robert Sanaron (PCS) 1,115 undi, dan Maikol Ampuas (Bebas) 128 undi.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular