HomeUtamaKes ugut bunuh peguam, jurutera bebas jaminan polis

Kes ugut bunuh peguam, jurutera bebas jaminan polis

Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang jurutera  yang direman empat hari kerana disyaki menghantar ugutan bunuh kepada peguam Datuk Ram Singh, berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Ram berkata pegawai penyiasat (IO) memaklumkan kepadanya bahawa suspek berusia 27 tahun itu dibebaskan dengan syarat melapor diri kepada IO sekali sebulan, manakala ayahnya bertindak sebagai penjamin.

Menurut Ram, telefon bimbit suspek akan dihantar untuk analisis forensik kerana semua mesej yang dihantar telah dipadam oleh suspek.

“Saya difahamkan suspek dijadualkan berjumpa dengan IO semula pada 10 November,” katanya sambil menambah beliau tidak pasti sama ada suspek akan didakwa dalam masa terdekat kerana analisis forensik masih belum selesai.

Pada Rabu, Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membenarkan reman selama empat hari bermula 9 hingga 12 Oktober selepas permohonan dibuat oleh IO.

Menurut IO suspek telah menyerah diri di balai polis di sini pada Selasa.

Lelaki berkenaan yang berasal dari Ipoh, Perak, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

 Sebelum ini, media melaporkan suspek dipercayai memperoleh nombor peribadi Ram sebelum menghantar mesej berunsur ugutan dan penghinaan melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Ram, antara mesej yang diterimanya ialah: “Nanti mati kamu disoal Tuhan,” “Biar kau mati katak,” dan “Jangan sampai kami cari kau, kau mati kalau kami cari.”

Suspek telah menghantar mesej permohonan maaf kepada Ram, namun Ram menegaskan akan meneruskan kes berkenaan dan tidak akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

LINK BERITA TERDAHULU:

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular