PRN SABAH
HomeIsu tempatanLelaki ditemui maut dalam kereta di parkir masjid

Lelaki ditemui maut dalam kereta di parkir masjid

Read Time:48 Second

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keretanya selepas disangka sedang tidur di kawasan parkir berhampiran Masjid Kampung Mesej Nala, Tungku, di sini, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, kejadian itu disedari orang awam selepas melihat pemandu sebuah kereta tidak bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, beberapa individu kemudian menghampiri kenderaan berkenaan dan mengetuk cermin sebelum membuka pintu selepas tiada tindak balas.

“Mereka mendapati lelaki itu tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis pada jam 12.55 tengah hari.

“Sepasukan anggota Balai Polis Tungku bersama pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan pihak perubatan mengesahkan lelaki terbabit telah meninggal dunia dan tiada unsur jenayah ditemui pada badan mangsa.

“Mayat dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR). Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS hargai dedikasi pendidik menerusi penganjuran Minggu Akademia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular