PRN SABAH
HomeUtamaSaksi pernah nasihatkan Zara jangan ‘kerat tangan’ atau cederakan diri

Saksi pernah nasihatkan Zara jangan ‘kerat tangan’ atau cederakan diri

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak mendedahkan pernah menasihati Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir agar tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti ‘kerat tangan’ atau mencederakan diri sendiri.

Peguam Azhier Farhan Arisin, dalam satu taklimat media berkata saksi kanak-kanak ke-11 itu tidak tahu sama ada Zara ada ‘kerat tangan’, namun memberi nasihat tersebut kepada Zara kerana selalunya orang yang dalam keadaan kecewa atau tertekan cenderung melakukan perkara sedemikian.

“Saksi berkenaan hanya memberi nasihat sedemikian untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku kerana menurut saksi ini, biasanya orang yang dalam keadaan kecewa atau ‘stress’ akan bertindak sedemikian.

“Saksi itu juga ada memberi nasihat kepada Zara supaya jangan sampai buat perkara yang boleh mencederakan diri,” katanya.

Menurut Azhier, saksi berkenaan turut menyatakan pernah melihat Zara dalam keadaan tertekan, kecewa, dengan wajah kelihatan sedih dan seperti keseorangan selepas dipanggil oleh pelajar senior.

Namun, saksi menjelaskan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa pertemuan yang dimaksudkan itu bukan berlaku pada malam 15 Julai 2025.

Azhier turut memaklumkan bahawa saksi tidak mengetahui punca sebenar mengapa Zara berasa tertekan atau kecewa.

Sementara itu peguam Joan Goh berkata seingat saksi, Zara pernah dipanggil oleh pelajar senior Tingkatan Empat kerana masalah berkaitan kawan.

Joan berkata Zara suka berkawan dengan seorang pelajar senior Tingkatan 2.

Menurut Joan, saksi sendiri pernah berjumpa dengan Zara sebanyak dua hingga tiga kali di bilik dorm Zara dan meminta maaf kepada Zara bagi pihak pelajar senior dan pujuk Zara supaya tidak buat macam-macam.

“Nasihat ‘supaya jangan buat macam-macam’ yang dimaksudkan ialah, contohnya, jangan ‘kerat tangan’,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular