PRN SABAH
HomeIsu tempatanLelaki dicekup bantu siasatan kes cederakan di Tawau

Lelaki dicekup bantu siasatan kes cederakan di Tawau

Read Time:57 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian mendatangkan kecederaan di Flat Sri Titingan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan anggota Pondok Polis Titingan ketika rondaan dijalankan sekitar jam 3.20 petang.

Beliau berkata, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan sebelum operasi mengesan suspek dijalankan.

“Anggota memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan melakukan tangkapan terhadap suspek yang dikaitkan dengan laporan kes mendatangkan kecederaan.

“Pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang barang salah, namun semakan mendapati MyKad digunakan adalah milik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hak suspek di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah telah dibacakan dan difahami sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Suspek kemudian dirujuk kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam sebarang perselisihan faham, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.- SABAH MEDIA / FOTO IPD TAWAU

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS hargai dedikasi pendidik menerusi penganjuran Minggu Akademia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular