PRN SABAH
HomeSukanQuik pertahan kejuaraan memanah kebangsaan

Quik pertahan kejuaraan memanah kebangsaan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pemanah berbakat Sabah, Quik Chern Xin, sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mempertahankan gelaran juara Kejohanan Memanah Kebangsaan (KMK) yang dimenanginya tahun lalu.

Quik merangkul kejuaraan itu di Kejohanan Memanah Kebangsaan Grand Final 2025 anjuran Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) yang berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 – 5 Oktober 2025.

Menurut Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah merangkap Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Datuk Ram Singh, acara kejohanan berprestij itu merupakan siri pertandingan memanah peringkat kebangsaan yang menyaksikan 32 pemanah terbaik negara layak ke pusingan akhir.

Katanya, selain Quik, seorang lagi pemanah kelahiran Sabah, Evan Rich Chong, turut membanggakan negeri ini apabila meraih pingat gangsa dalam acara akhir tersebut.

“Dengan kejayaan cemerlang itu, Quik kini berada di tangga pertama, manakala Evan menduduki tempat keempat dalam sistem ranking pemanah kebangsaan..

“Lebih manis lagi, kedua-dua mereka bersama seorang lagi pemanah Sabah, Syafiq Busthamin, berpotensi besar menyertai skuad negara ke Sukan SEA akan datang.

“Jika terpilih, ia bakal mencatat sejarah baharu apabila pasukan recurve lelaki kebangsaan terdiri daripada majoriti pemanah yang digilap dari Sabah,” katanya kepada Sabah Media.

Tambah beliau, dalam acara divisyen compound, seorang lagi wakil Sabah, Goh Chun Shen, turut menyerlah apabila menamatkan pusingan kelayakan KMK akhir di tempat keempat, sekali gus mengharumkan nama Persatuan Memanah Negeri Sabah (SASA).

Sementara itu, bekas pemanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, turut membuktikan kehebatannya apabila muncul juara wanita compound selepas memenangi pingat emas individu.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular