PRN SABAH
HomeUtamaMCMC menang kes fitnah terhadap Murray Hunter di Mahkamah Tinggi Shah Alam

MCMC menang kes fitnah terhadap Murray Hunter di Mahkamah Tinggi Shah Alam

Read Time:51 Second

CYBERJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya dalam kes saman sivil fitnah terhadap penulis, Murray Victor Hunter, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memutuskan keputusan memihak kepada MCMC.

Dalam keputusan yang dibacakan pada 15 Oktober, mahkamah mendapati Murray Hunter bersalah menerbitkan beberapa artikel antara April hingga November 2024 yang mengandungi kenyataan palsu serta berunsur fitnah terhadap MCMC.

Artikel berkenaan membawa dakwaan tidak berasas dan berpotensi mengelirukan masyarakat, sekali gus mencemarkan reputasi Suruhanjaya tersebut.

Mahkamah menegaskan bahawa kebebasan bersuara adalah hak setiap individu, namun ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh digunakan untuk menyebar maklumat palsu atau berunsur fitnah.

MCMC dalam kenyataannya berkata, tindakan undang-undang itu diambil bagi melindungi integriti serta kredibiliti institusi, selain memastikan ekosistem digital kekal beretika dan berhemah.

“Keputusan ini membuktikan bahawa prinsip kebenaran, kebertanggungjawaban dan integriti mesti menjadi asas dalam komunikasi awam, khususnya di ruang digital,” menurut MCMC.

MCMC turut menegaskan komitmennya untuk terus mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan platform digital yang menjejaskan kepentingan awam serta imej institusi negara. 

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular