PRN SABAH
HomePRNPRN17 : SPR belanja RM116.8 juta laksana urusan pilihan raya

PRN17 : SPR belanja RM116.8 juta laksana urusan pilihan raya

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Sebanyak RM116.8 juta akan dibelanjakan bagi melaksanakan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRN17) yang dijadual diadakan ada 29 November depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jumlah itu termasuk melantik 33,002 orang petugas bagi mengendalikan proses PRN Sabah.

“Manakala sebanyak 882 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,558 tempat mengundi/saluran dan 58 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 87 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 940 dengan 3,645 tempat mengundi atau saluran. PRU DUN Sabah Ke-17 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM116.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR berhubung PRN17 Sabah di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pada Khamis.

Ramlan berkata, seramai 25 Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) dan 196 Penolong RO dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya itu di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, beliau berkata, SPR turut menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Dalam sidang media itu juga, Ramlan turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 15 November, disusuli pengundian awal pada 25 November dan pengundian biasa pada 29 November, manakala writ pilihan raya dikeluarkan hari ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular