PRN SABAH
HomePRNAnak muda sokong pendidikan percuma dan harap peluang lebih baik

Anak muda sokong pendidikan percuma dan harap peluang lebih baik

Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Pendidikan percuma kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, baru-baru ini menerima reaksi positif daripada golongan belia.

Fredlee Ronny, 21, dari Sipitang, berkata inisiatif itu berpotensi melahirkan lebih ramai generasi muda berpendidikan, khususnya dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

“Usaha ini pasti akan melahirkan lebih ramai anak Sabah yang berpendidikan serta memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga susah untuk meneruskan pengajian tanpa terbeban masalah kewangan,” katanya.

Beliau turut memuji usaha kerajaan yang menyediakan biasiswa pelajar cemerlang dan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara one-off sebagai sokongan kewangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

“Saya sebagai seorang yang baru menamatkan pengajian Diploma in Business Administration merasakan bahawa sokongan kewangan daripada kerajaan amat diperlukan oleh pelajar,” katanya.

Menurut Fredlee, kerajaan hari ini telah menunjukkan komitmen membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif.
“Saya akan menyokong kerajaan hari ini kerana apa yang saya lihat, kerajaan telah berusaha menyalurkan bantuan, meningkatkan ekonomi serta memperkasa bidang pendidikan,” tambahnya.

Beliau berharap, sekiranya kerajaan terus diberi mandat, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan agar anak muda tidak perlu berhijrah ke luar negeri untuk mencari rezeki, selain memperkasa penglibatan belia dalam teknologi.

Sementara itu, seorang lagi belia, Celevianna Aena Dominic, 23, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS), turut menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan pendidikan percuma dan bantuan kewangan kepada pelajar.

“Kerajaan ada sediakan biasiswa dan bantuan kewangan. Pelajar baharu yang mendapat tawaran pengajian pun menerima Bantuan BUDI One-Off. Mereka beruntung, sebab waktu saya masuk UMS dulu, bantuan BUDI belum wujud, jadi saya tidak dapat bantuan itu,” katanya.

Celevianna yang berasal dari Penampang turut berharap kerajaan terus memberi perhatian kepada isu infrastruktur.

“Saya harap kerajaan dapat mencari jalan menyelesaikan masalah banjir di Penampang, serta menaik taraf jalan di kawasan-kawasan utama,” tambahnya.

Bagi golongan belia ini, sokongan terhadap kerajaan hari ini hadir hasil usaha nyata dalam meningkatkan ekonomi rakyat, memperkukuh pendidikan dan memberikan bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular