PRN SABAH
HomeUtamaWarga Imigresen Sandakan meriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2025

Warga Imigresen Sandakan meriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2025

Read Time:34 Second

SANDAKAN: Pejabat Imigresen Sandakan meraikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 dengan penuh semangat di Padang Bola Tampar Kuarters SUP pada 28 Oktober lalu.

Program yang disertai lebih 50 kakitangan dan pegawai kanan itu dirasmikan oleh Ketua Imigresen Sandakan, Tajul Aripin Mohammed Mokhtar.

Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang menceriakan suasana sambutan selain menyerlahkan semangat kesihatan dan kecergasan dalam kalangan warga Imigresen.

Menurut penganjur, program itu bertujuan menyemai semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja, menggalakkan amalan gaya hidup sihat secara berterusan serta memperkukuh ukhuwah dan kerjasama berpasukan.

Sambutan tersebut juga selari dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang berhasrat menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada budaya hidup masyarakat yang sihat, aktif dan produktif.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular