PRN SABAH
HomeSukanPiala FA : Sabah FC sasar cipta kejutan di Likas

Piala FA : Sabah FC sasar cipta kejutan di Likas

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC bertekad mencipta kejutan apabila melayan kunjungan Selangor FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Likas, malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Jean-Paul de Marigny, optimis anak buahnya mampu menampilkan persembahan bertenaga berbekalkan semangat tinggi dan disiplin permainan yang mantap.

“Para pemain berada dalam keadaan baik dan bekerja keras. Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, hampir semua pemain utama sedia diturunkan kecuali Gabriel Peres dan Darren Lok yang masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan.

“Selain dua pemain itu, semua lain berada dalam keadaan baik,” katanya.

De Marigny mengakui Selangor FC bukan lawan mudah, namun percaya pasukannya mempunyai ramuan taktikal untuk mengekang kehebatan skuad Selangor.

“Kami menghormati setiap pemain Selangor, tetapi Sabah juga memiliki kekuatan tersendiri. Kami sudah menganalisis corak permainan mereka dan akan cuba manfaatkan setiap peluang yang ada,” katanya.

Beliau menegaskan pentingnya Sabah FC meraih keputusan positif di laman sendiri sebelum beraksi di tempat lawan bagi timbal balik nanti.

“Aksi di Likas amat penting. Kami mahu berikan persembahan terbaik dan berharap penyokong memenuhi stadium bagi memberi suntikan semangat kepada pemain,” tambahnya. Perlawanan separuh akhir pertama ini dijangka sengit dengan sokongan padu penyokong setia di Stadium Likas menjadi kekuatan utama Sabah FC dalam usaha memburu bekalan selesa sebelum aksi timbal balik menentang Selangor FC. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular