PRN SABAH
HomePRNN.72 MEROTAIBekas KSU antara antara 10 calon PKR yang bertanding PRU Sabah

Bekas KSU antara antara 10 calon PKR yang bertanding PRU Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Ruji Ubi antara 10 calon yang akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17.

Ruji diumumkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Pengumuman calon itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Turut diumumkan anak Yang di- Pertua Negeri Sabah Datuk Yamani Hafez Musa yang akan bertanding mewakili PH di kerusi DUN Sindumin.

Selain itu, bekas Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Peto Galim diumumkan akan mempertahankan kerusi DUN Inanam.

PKR turut mempertaruhkan calon wanita yang mewakili PH iaitu Rufinah Pengeran di kerusi DUN Tulid.

Ruji menerima watikah daripada Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh – Foto Yusuf Mohamad

Bekas Ahli Parlimen Putatan, Awang Husainin Sahari diumumkan akan bertanding mewakili PH di kerusi DUN petagas.

Turut mencuri tumpuan adalah muka baharu, Romansa Lamin yang akan bertanding di DUN Segama dan Abdul Said Pimping bertanding di kerusi DUN Gum Gum.

PKR pada kali ini turut mempertaruhkan muka baharu di kerusi DUN Api-Api Thonny Chee yang sebelum ini diwakili bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew.

Sementara itu, kerusi DUN Melalap akan ditandingi oleh Datuk Jamawi Jaafar yang sebelum ini pernah ditandingi beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2018.

Satu lagi kerusi adalah di DUN Karamunting akan diwakili penyandang Datuk George Hiew. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular