PRN SABAH
HomeUtamaWarga tua ditemui meninggal dunia dipercayai dibaham buaya

Warga tua ditemui meninggal dunia dipercayai dibaham buaya

Read Time:47 Second

BELURAN: Seorang warga tua ditemui maut dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Sungai Trusan, Kampung Bakong-Bakong, dekat sini, hari ini.

Lelaki warga tua itu, Laipukin Makong, 62, yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna oleh penduduk kampung, kira-kira jam 12 tengah hari.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan turun ke sungai berdekatan rumahnya untuk mandi kira-kira jam 8 malam tadi.

Kehilangan cuma disedari pagi ini oleh ahli keluarga mangsa sebelum laporan polis dibuat dan penduduk melancarkan usaha mencari mangsa menggunakan bot.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal, berkata mangsa kemudian ditemui penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari balai.

“Mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang.

“Ketika ditemui, keadaan mangsa tidak sempurna dipercayai dibaham buaya,” katanya.

Edoen berkata, operasi ditamatkan pada jam 2 petang tadi selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah JANS tidak terlibat dalam tender – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular