PRN SABAH
HomeUtamaZara pernah diganggu ‘tomboy” – Saksi

Zara pernah diganggu ‘tomboy” – Saksi

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang saksi memaklumkan bahawa Allahyarhamah Zara Qairina pernah diganggu oleh seorang pelajar perempuan “tomboy” di sekolah menengah yang terlalu obses dengannya.

Peguam ibu Zara, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, berkata saksi kanak-kanak ke-32 yang merupakan rakan rapat Zara sejak sekolah rendah, mendedahkan perkara itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini.

“Saksi berkata Zara pernah memaklumkan bahawa dirinya diganggu oleh seorang pelajar perempuan “tomboy” di sekolah menengah yang terlalu obses dengannya, hingga melakukan perbuatan tidak senonoh dan hampir ikut Zara mandi sekali dalam bilik yang sama.

“Selain itu, saksi juga memaklumkan bahawa pada bulan Jun 2025, Zara telah menggunakan akaun TikTok milik saksi untuk menghantar mesej kepada seseorang yang tidak dikenali dengan tujuan menasihati individu tersebut supaya tidak mengganggu Zara di sekolah dan di akaun TikTok miliknya.” Katanya.

Menurut Mohd Syarulnizam, saksi berkata Zara sangat manja dengan ibunya, dan sering menemani ibunya ke mana-mana. Layanan ibunya terhadap Zara adalah baik, malah ibunya yang menghantar dan mengambil Zara apabila dia melawat rumah saksi.

Tambahnya, saksi suka berkawan dengan Zara kerana dia seorang yang baik, ceria dan berusaha demi persahabatan. Contohnya, Zara pernah membelikan hadiah untuk saksi.

Mohd Syarulnizam berkata saksi menerangkan bahawa pada bulan Mei 2024, mereka berdua telah memulakan diari bersama yang digunakan secara bergilir-gilir. Saksi dan Zara sering menulis tentang kisah persahabatan mereka di dalam diari mereka yang dikongsi bersama.

“Selain saksi dan Zara, tidak ada orang lain yang boleh membaca diari ini. Kali terakhir saksi nampak diairi tersebut adalah bulan Februari 2025,” katanya.

Saksi juga menyatakan bahawa sepanjang persahabatan mereka, saksi menyedari Zara seorang yang mudah cemburu sebagai contohnya sekiranya Saksi rapat dengan orang lain.

Inkues bersambung esok.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN, jentera parti GRS, penduduk DUN Sulaman hadir ke Majlis Kesyukuran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular