SANDAKAN: Keprihatinan terhadap keselesaan pelajar menjadi faktor utama sumbangan yang disalurkan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Hazem Mubarak Tun Musa, dan bukannya kerana beliau dipilih sebagai calon.
Hazem yang juga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Sungai Manila hari ini menyumbangkan 200 kerusi untuk kegunaan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) SYN Hua, Batu 8, di sini, yang mempunyai seramai 551 pelajar.
Sumbangan tersebut dianggap amat bermakna bagi pihak sekolah dalam usaha menambah baik kemudahan pembelajaran.
Menurut Hazem, komitmennya terhadap pembangunan pendidikan tidak hanya tertumpu kepada pelajar, malah turut merangkumi golongan pendidik.
“Kita mahu pembangunan pendidikan terus berkembang, dan kita menghargai segala jasa para pendidik,” katanya.



