PRN SABAH
HomePRNN.51 SUNGAI MANILACalon GRS Hazem Mubarak antara 6 calon bertanding di kerusi DUN Sungai...

Calon GRS Hazem Mubarak antara 6 calon bertanding di kerusi DUN Sungai Manila

Read Time:1 Minute, 7 Second

SANDAKAN : Hazem Mubarak Tun Musa, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, berikrar untuk membawa pembangunan berterusan kepada kawasannya sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum Dean Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17.

Beliau, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian PGRS kawasan itu sejak tiga tahun lalu, berkata pengalaman tersebut telah membuatkannya dikenali ramai dan yakin dengan kemampuan diri.

Hazem Mubarak mengulas desas-desus yang mengatakan pencalonannya adalah berpunca daripada pengaruh ayahnya, bekas Ketua Menteri Sabah Tun Musa Aman, yang pernah berkhidmat di kawasan berhampiran, DUN Sungai Sibuga.

“Perkara itu tidak sewajarnya dibahaskan. Yang penting adalah pembangunan berterusan untuk Sungai Manila, yang juga dekat dengan kawasan Sungai Sibuga,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas demikian sejurus menyerahkan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon PRN Sabah Ke-17 bagi DUN Sungai Manila, yang diadakan di Dewan Serbaguna Libaran, pada Sabtu.

Pencalonannya diterima oleh Pegawai Pengurus Kawasan Pilihan Raya itu, dan beliau akan berdepan saingan lima calon lain.

Senarai penuh calon DUN Sungai Manila: Hazem Mubarak Tun Musa (Gabungan Rakyat Sabah – GRS), Zaini Tiksun (Barisan Nasional – BN), Yusri Abu (Perikatan Nasional – PN), Sittinara (Parti Warisan), Irian Nanang (Parti Impian Sabah) dan Faizal Wahab (Parti Perpaduan Rakyat Sabah – PPRS)

Bagi kerusi DUN Sungai Manila, penyandangnya, Datuk Mokran Ingkat dari Barisan Nasional, telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular