SULAMAN, — Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman menyaksikan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17, dengan penyandang merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berdepan cabaran daripada empat calon lain
Hajiji, yang hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) dengan berpakaian baju melayu lengkap bewarna ungu, tiba sekitar 9 pagi sebelum proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.
Beliau akan ditaentang oleh Dr Shahnon Rizal Thairuddin (Barisan Nasional), Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah), Mokhtar Hussin (Warisan) dan Tiaminah @ Siti Aminah dari Thajuddin (Perikatan Nasional)
Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan berkenaan, Ibrahim Terki, berkata sebanyak lima borang pencalonan diterima, dan semuanya disahkan layak bertanding tanpa sebarang penolakan.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar.
Dalam pada itu, ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon, hajiji berkata beliau amat yakin calon dari parti GRS akan menang dengan majoriti lebih besar dalam PRN Du Sabah kali ini.
Pengundian awal dijadualkan pada 25 November 2025, manakala hari mengundi ditetapkan pada 29 November 2025.
Maklumat mengenai pusat-pusat mengundi akan dinyatakan melalui Borang 8 (Notis Pilihan Raya) yang telah diwartakan dan dipamerkan di lokasi-lokasi mengundi yang ditetapkan oleh SPR.



