PRN SABAH
HomePRNN.67 BALUNGPRU Sabah : Semua calon DUN Tawau disahkan bertanding

PRU Sabah : Semua calon DUN Tawau disahkan bertanding

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Penamaan calon bagi tiga Bahagian Pilihan Raya Negeri (BPRN) di Tawau, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, DUN Apas dan DUN  Sri Tanjong, berjalan lancar hari ini dengan semua calon disahkan layak bertanding.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah P190. Mohd. Sofian Saidb berkata, tiada sebarang penolakan kertas pencalonan berlaku.

“Di DUN Apas, SPR menerima kertas penamaan daripada enam calon yang mengemukakan dokumen mereka antara pukul 9.04 pagi hingga 9.31 pagi. Setelah disemak, semua kertas pencalonan diterima.

“Calon-calon yang sah bertanding termasuk Sarman Amat Simito (Warisan), Herman Amdas (PIS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (GRS), Marsiah Omat (PPRS), Dr Elmiariezan Ardan (BN) dan Lim Ting Khai (PN).

“Bagi N.69 Sri Tanjong, enam calon turut menyerahkan kertas penamaan mereka antara pukul 9.05 pagi hingga 9.19 pagi. Calon-calon yang sah bertanding ialah Wong Su Vui (Bebas), Philip Yap (PH), Datuk Fung Len Fui (STARSabah), Joseph Mosusah (PIS), Ricky Hong Chee Kiong (KDM) dan Justin Wong Yung Bin (Warisan),” katanya semasa membuat pengumuman calon di Dewan Masyarakat Tawau di sini, hari ini.

Sementara itu, DUN Balung mencatat penyertaan tertinggi dengan 11 calon menyerahkan kertas penamaan antara pukul 9.05 pagi hingga 9.28 pagi. Calon-calon sah yang akan bertanding ialah Syed Ahmad Syed Abas (GRS), Norazizah Pelari @ Palari (Rumpun), Chee Kheng Moi (STARSabah), Rosdiansa Mohd Noor (PPRS), Ahmad Awang (PBK), Hartono Muhamad Juno (Warisan), Erwan Palette (BN), Shafie Hassan (Bebas), Dr. Munzier Mahamud (PN), Frank Salazar @ Franco (Bebas) dan Datu Ugis Datu Pula (PBK).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi awal pada 25 November 2025 manakala hari mengundi pada 29 November 2025 (Sabtu). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular