PRN SABAH
HomePRNN.12 SULAMANPertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sesuai dengan MA63 - Hajiji

Pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sesuai dengan MA63 – Hajiji

Read Time:55 Second

TUARAN: Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor berkata penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak adalah sesuai dengan kehendak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“lanya juga seperti yang termaktub di dalam MA63 di mana Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya mempunyai satu pertiga bilangan kerusi di Parlimen,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan jentera pilihanraya GRS Sulaman di Dewan Rumpun Bajau Samah di Kampung Lok Batik hari ini.

Beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju untuk menambah kerusi parlimen Sabah dan Sarawak.

“Ya, ini sudah semestinya yang ditunggu-tunggu oleh Sabah dan Sarawak untuk kita mendapatkan bilangan kerusi parlimen tambahan. Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang agak besar dan wajar diberi pertimbangan yang khas untuk kita tambah kerusi Parlimen ini,” katanya

Hajiji berkata pertambahan kerusi turut diperlukan memandangkan kawasan-kawasan parlimen di Sabah turut mengalami peningkatan penduduk seperti di Kinabatangan yang sebesar Pahang tetapi hanya satu kerusi Parlimen begitu juga dengan Tuaran yang lebih besar daripada Perlis tetapi hanya punyai satu kerusi Parlimen.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular