PRN SABAH
HomePRNManifesto GRS fokus lonjak hasil negeri, angkat sosioekonomi rakyat

Manifesto GRS fokus lonjak hasil negeri, angkat sosioekonomi rakyat

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan Manifesto PRU DU Sabah ke-17 dengan misi utama melonjakkan pendapatan negeri dan mengangkat sosioekonomi rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Manifesto bertema Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan itu dibina berasaskan gagasan Rumah Kita, Kita Jaga dan digerakkan melalui empat rukun utama iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, 16 strategi digariskan bagi memastikan pembangunan berlaku secara realistik dan berpaksikan kemampuan fiskal negeri.

“Fokus kita jelas. Pertama, kukuhkan hasil pendapatan negeri. Kedua, tingkatkan keupayaan sosioekonomi rakyat melalui modal insan, peluang kerja bermaruah, perumahan mampu milik dan bantuan sosial,” katanya pada sidang media selepas pelancaran manifesto oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor di SICC hari ini.

Menurut Armizan, pencapaian hasil negeri di bawah GRS sejak 2021 menjadi asas keyakinan rakyat, sekali gus menolak budaya retorik dan janji melampau yang tidak selari dengan realiti kewangan negeri.

Hasil Sabah meningkat daripada RM5.45 bilion pada 2021 kepada RM6.96 bilion (2022), RM6.97 bilion (2023) dan RM6.84 bilion (2024) lonjakan 90.5 peratus berbanding 2020.

GRS menyasarkan hasil negeri mencecah RM10 bilion menjelang 2030 melalui bidang utama seperti ekonomi biru, tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan pemerdagangan kredit karbon.

“Manifesto ini bukan sekadar tawaran, tetapi kesinambungan daripada rekod prestasi terbukti melalui Sabah Maju Jaya 1.0,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular