PRN SABAH
HomePRNN.71 TANJUNG BATUKempen dijalankan secara sihat dan matang - Dr. Andi Rizal

Kempen dijalankan secara sihat dan matang – Dr. Andi Rizal

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Sokongan dan maklum balas positif penduduk Tanjung Batu sepanjang kempen memberikan gambaran jelas bahawa mereka menyambut baik kempen yang dijalankan secara sihat dan matang.

“Alhamdulillah suasana berkempen sangat baik. Bila saya turun, banyak input yang kita terima daripada pengundi. Sambutan mereka sangat mesra. Saya berharap kempen ini terus berjalan dalam keadaan yang baik serta persaingan yang sihat,” katanya calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dr. Andi Md. Shamsureezal Mohd Sainal.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas mengadakan lawatan dan bertemu dengan pengamal media yang membuat liputan sepanjang pilihan raya di Pusat Media Pilihan Raya Dewan Undangan Sabah ke-17 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Andi berkata, beberapa isu utama berkaitan infrastruktur masih memerlukan perhatian, termasuk jambatan yang belum dikonkrit sepenuhnya, sistem perparitan yang tidak sempurna serta ketiadaan lampu solar di lorong-lorong tertentu.

Selain itu, katanya, penduduk di kawasan Pasir Putih dan kaki bukit turut berdepan masalah meter air yang jauh dari rumah serta sering rosak atau terputus setiap kali berlaku banjir, menyebabkan kos baik pulih mencecah ribuan ringgit.

“Betul, ini antara isu yang dibangkitkan. Saya dimaklumkan mantan ADUN sebelum ini telah mengusulkan penambahbaikan dan ia sedang dalam proses. Jika diberi mandat, saya akan susuli perkara ini dengan serius demi kemudahan penduduk,” jelasnya.

Isu pelebaran sungai yang tertangguh turut dikemukakan oleh penduduk, yang berharap projek itu boleh diteruskan hingga ke muara bagi mengurangkan risiko banjir.

“Kosnya tinggi dan memerlukan kerjasama multi agensi. Jika saya dipilih, saya akan bekerja rapat dengan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andy Suryady. Kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan penting untuk merealisasikan projek ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular