Oleh Eviana Mazinal
KOTA BELUD: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan keyakinan penuh terhadap dua calon Ahli Dewan Undangan Negeri N.09 Tempasuk dan N.10 Usukan untuk memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke 17 ini.
Hajiji dalam ucapanya optimis dengan kejayaan ini ekoran trek rekod positif yang di pamerkan oleh calon GRS Datuk Arsad Bistari, N.09 Tempasuk dan Datuk Japlin Akim, N.10 Usukan yang komited dalam memastikan kemenangan.
“Mereka bukan bekerja setahun sekali, mereka sudah lama bekerja untuk membawa pembangunan kemudahan kepada masyarakat di sini, hanya pembangkang sahaja yang tidak mahu mengikhtiraf kejayaan tersebut.
“Kota Belud merupakan tempat yang paling bersejarah perjuangannya, oleh itu saya berharap dapat terus membawa perubahan ke sini dan memajukannya seperti mana yang rakyat mahukan selama ini,” Katanya semasa menghadiri majlis Kempen Rumah Kita, Kita Jaga GRS, DUN Usukan dan Tempasuk di sini.
Terdahulu lebih 6,000 penyokong GRS di lihat hadir membanjiri majlis berkenaan sambil memakai baju putih sebagai tanda sokongan.
Pada majlis sama Hajiji turut menzahirkan rasa kecewa dengan segelintir parti politik pembangkang yang menggunakan politik fitnah menuduh kerajaan GRS tanpa usul periksa, walhal kerajaan dalam usaha membawa masuk perindustrian ke kawasan luar bandar bagi memacu kejayaan dan pembangunan masyarakat setempat.
“Mereka menuduh dan membuat fitnah, tetapi kita boleh lihat kawasan yang mereka wakili sendiri tidak terjaga, malah jalan raya tidak pandai baik dan ada juga yang kawasannya di penuhi sampah,
“Adakah ini ciri pemimipin yang kita mahukan?, mereka ini tidak boleh diberikan kepercayaan lagi, cukuplah mereka sudah pernah diberikan peluang itu dulu” katanya yang turut menekankan bahawa keingingan rakyat untuk mempunyai kestabilan politik.



