PRN SABAH
HomeUtamaSambutan NBKK Sabah 2025 perkukuh institusi keluarga

Sambutan NBKK Sabah 2025 perkukuh institusi keluarga

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU:   Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (NBKK) Peringkat Negeri Sabah 2025 berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai latar belakang bagi memperkukuh institusi keluarga.  

Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli berkata bertemakan ‘KASIH Keluarga, Bahagia Bersama’ program tersebut menzahirkan komitmen berterusan dalam memupuk budaya kasih sayang, saling hormat dan komunikasi berkesan dalam institusi keluarga.

“Seramai 300 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, NGO serta pelajar IPTA dan IPTS memeriahkan program ini.

“Penganjuran tahun ini berjaya mencapai matlamat memperkukuh hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan jaringan sokongan antara agensi, komuniti dan keluarga.

“LPPKN bersama rakan strategik akan terus memperkasa agenda keluarga Madani ke arah masyarakat yang harmoni dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di sini, baru-baru ini.

Juwairiya berkata, pelbagai aktiviti mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mencerminkan nilai kekitaan dan semangat kerjasama di antara agensi yang terlibat.

“Antara aktiviti di bawah inisiatif KASIH Keluarga adalah seperti zumba keluarga, tradisi anyam ketupat, family creative, Oh My Puzzle! dan Ping Pong Ball Challenge.

“Program ini juga turut dimeriahkan dengan pameran agensi kerajaan dan jualan produk usahawan tempatan sebagai usaha memperluas pengetahuan masyarakat mengenai perkhidmatan sosial, kesihatan dan keselamatan keluarga serta peluang ekonomi komuniti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular