PRN SABAH
HomePRNN.32 KLIASGRS yakin menang lebih 37 kerusi dalam PRU DU Sabah 17

GRS yakin menang lebih 37 kerusi dalam PRU DU Sabah 17

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh Normimie Diun

BEAUFORT: Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor yakin gabungan itu mampu memenangi lebih 37 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undanga (PRU DU) Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Jelajah Kempen Rumah Kita, Kita Jaga bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan DUN Lumadan di Dewan Bagandang, di sini, hari ini.

Menurut beliau, keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera parti, sokongan pengundi setempat serta kerjasama kukuh antara parti komponen GRS.

“Program hari ini adalah sebahagian kempen untuk dua calon kita di kawasan ini. Saya amat yakin dengan jentera yang baik, sokongan yang padu dan kerjasama semua parti komponen.

“Insya-Allah, kita dapat mempertahankan kerusi Lumadan dan Klias. Dua kerusi ini boleh dikatakan memang milik GRS,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa GRS berada dalam kedudukan kukuh untuk mempertahankan lebih banyak kerusi lain.

“Kita bertanding 55 kerusi dan saya yakin kita boleh memperoleh lebih daripada 37 kerusi. Yang penting, kita dapat membentuk kerajaan dengan majoriti selesa,” katanya.

Pada program itu, hampir 10 ribu penyokong parti gabungan itu hadir memberikan sokongan kepada kedua-dua calon GRS yang bertanding bagi DUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih dan DUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular